Seperti mana yang dijangka Anwar mahu menjaga auranya, pada masa yang sama menggerakkan strategi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Anwar, walau pun sudah terlalu lama memegang jawatan penting dalam kerajaan ketika beliau berada bersama UMNO, masih mencari-cari apakah sumbangan beliau terhadap rakyat dan orang Melayu.
Dalam politik, Anwar adalah trend-setter. Beliau kerap membawa trend baru sejak "beliau membaca talkin" pengkebumian orang Melayu yang kononnya mati kebuluran di Baling zaman mudanya. Lalu beribu anak muda berlari dan memekik.
Anwar meminda kefahaman sejagat dengan menjadikan kronisma satu dosa dalam pemerintahan, lalu berduyun orang berkejar ke Kuala Lumpur.
Anwar mecipta konsep baru bahawa pakatan perlu dibina dan harus segera diroboh, lalu "team wawasan" bangun cemerlang dan tumbang satu persatu.
Anwar memilih konsep "succession" yang baru, iaitu untuk naik harus pijak orang dan merentap yang diatas, lalu orang bergembira setiap kali kepala dipijak dan orang diterjah, tetapi orang meratap bila beliau dikuis dan lebam.
Anwar pada abad ini melihat kuning bukan lagi warga "diraja" tetapi sekadar warna baju untuk rakyat malaysia berbasah kuyup berarak ke Istana Negara sambil beliau senyum lebar memukul gendang pilihanraya.
Sebagaimana Zahid meminjamkan mulutnya untuk Anwar memekik ketika Rahim dimalukan dan gong "nepotisma dan kronisma" dibalun sekuat-kuatnya, seperti itu juga, Khalid Ibrahim meminjamkan mulutnya untuk Anwar menjerit-jerit menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ini adalah trend baru Anwar. Menghentam pesaka orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.
Sering bila berdepan dengan trend baru dalam political race, Anwar meminjam mulut orang kuatnya. Kali ini Khalid. Apa pun mulut Anwar buat masa ini dikhaskan untuk menjawab segala keraguan di Mahkamah. Mata beliau digunakan untuk menahan kerlingan Saiful Bukhari Azlan.
Sedangkan hati beliau dibelai dengan idaman menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September 2008.
Dato, isu Uitm adalah trend baju politik Anwar sahaja. Boleh dilupakan bila-bila masa.
Wednesday, August 13, 2008
Anwar: trend-setter politik Malaysia.
Berita dari gunung said...