Wednesday, August 06, 2008

Memahami Majlis Peguam dan jalinan pengaruh di Malaysia.

1. Pada 26 September 2007, Majlis Peguam Malaysia telah berjaya mengatur sebuah perarakan tunjuk perasaan aman yang bermula di perkarangan gedung Istana Keadilan menuju ke gedung Jabatan Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum yang menuntut agar segera dibentuk sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji kemerosotan dan kebobrokan parah yang kini telah melanda institusi kehakiman negara ini.Suara Rakyat: Tahniah, Majlis Peguam Malaysia!

2. Orang Melayu tertanya-tanya apabila Majlis Peguam Malaysia ( MPM ) mengadakan satu forum untuk membincangkan tentang ‘ Kontrak Sosial ‘ baru-baru ini. Banyak pihak menyelar tindakan Majlis Peguam yang membincangkan kontrak sosial kerana ia seolah-olah memperlekehkan orang Melayu. Mengapa MPM mahu mempersoalkan Kontrak Sosial sedangkan ianya telah lama dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan Malaysia. Kewajaran Majlis Peguam Mempersoalkan “ Suara Melayu “ Utusan ...

3.
Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, ketika dihubungi, menyifatkan pendedahan hakim tersebut sebagai sesuatu yang mengejut. Katanya, mereka bercakap mengenai bentuk-bentuk campurtangan eksekutif dalam bidang kehakiman yang telah melemahkan institusi tersebut.... Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat

4. Majlis peguam perlu memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap badan itu. Saya kira sudah lama mereka mengetahui kepincangan dalaman mereka. alkerohi: Majlis Peguam Malaysia : Berapa Ahli Yang Dipenjara ?

5. Langkah Majlis Peguam menganjurkan forum berhubung ketuanan Melayu sedangkan ahli panelnya terdiri daripada bukan Melayu, sebagai satu perkembangan yang tidak sihat, demikian menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Tegasnya kontrak sosial berhubung kedudukan dan hak orang Melayu merupakan fakta sejarah.... Laman Web Pemuda UMNO Malaysia - Pemuda Persoal Tindakan Majlis ...

6. Majlis Peguam hari ini menyatakan laporan doktor yang menyanggah adanya aktiviti sodomi keatas Saiful beberapa jam sebelum Saiful membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya telah menimbulkan banyak persoalan. ...Majlis Peguam : Integriti professional tidak boleh dipertikai ...

7. Tindakan Majlis Peguam mengadakan perbincangan secara terbuka mengenai hak- hak keistimewaan orang Melayu disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap orang Melayu....Majlis Peguam hina Melayu - Forum

8. Beberapa orang peguam akan mengemukakan notis kepada Majlis Peguam minggu depan supaya diadakan mesyuarat agung khas menarik balik resolusi hilang kepercayaan mereka kepada Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar....Kes Tun Salleh Abbas: Zaid mau tunjuk ‘hero’ dan sudah lupa ...