Monday, September 01, 2008

Jasad Melayu dikerat dua tiga.

Berita dari gunung said...

Era 50'an dan sebelumnya adalah waktu perit. Melayu umpama melukut. Hanya selepas Merdeka, Melayu bergerak kedepan. Catalyst penting kepada kesinambungan kemajuan Melayu adalah peristiwa 13 Mei.

Rangka kemajuan disusun untuk Melayu. Yang mendiami Shah Alam, Kampung Tunku dan Bangi adalah Melayu yang menerima tempias dengan rangka kemajuan pasca 13 Mei.

Selepas itu Melayu kembali berselerak. Usahkan perpaduan antara kaum, dalam melayu itu sendiri sudah ada yang sedia persetankan kerajaan.

Ramai Melayu rasa mereka kuat, dan kerajaan BN dan UMNO bukan penyebab mereka ditahap itu. Rezeki mereka dari tuhan.

Malaysia boleh maju jauh kedepan, saya akui. Tetapi semangat Melayu seakan tercalar. Kalau dulu, orang bugis sudi menghunus keris sama mempertahankan bumi Melayu.

Ketika martabat Melayu diperlekeh, siapakah mahu berganding bahu? Orang melayu Shah Alam, Kampung Tunku dan Bangi, belum tentu sudi. Wang dan kejayaan sedikit sebanyak menghakis jatidiri Melayu.

Ketika api Hindraf sedang marak menuntut pembelaan, api melayu juga marak untuk melepaskan belenggu Uitm. Manakala di Permatang Pauh, Melayu dikerat dua, sambil bertenggung Anwar berkata "dua untuk aku, satu untuk kau". Melayu seakan habuan perang!

Melayu wajar berkenal semula dengan makna dan jatidiri Melayu. Barulah api "Tak Melayu hilang di dunia" dari Hang Tuah dapat memberi pengertian kepada Melayu itu sendiri.

Merdeka!

Merujuk posting asal dari Dato Ruhanie Ahmad, kudakepang, dalam MALAYSIA KINI DI LANDASAN YANG BETUL? Ruhanie mengajak pembaca meneliti teks ucapan Abdullah sempena Hari Kebangsaan ke 51.
{Untuk membaca teks sepenuhnya sila akses: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htmRuhanie Ahmad}


beritadarigunung