Saturday, September 13, 2008

Ulasan Corruption Report, chedet.

BERITADARIGUNUNG

Meneliti catatan Tun Dr Mahathir dalam blog chedet, sentiasa menarik. Tulisan beliau selalunya segar dan berterus terang. Apabila beliau mengulas tentang kerajaan serta tindak tanduknya, perhatian harus diberikan kerana Tun pernah berada disitu selama 22 tahun. Tun memahami semua liku-liku, seluk beluk dan rahsia-rahsia.

Tun memberi beberapa contoh laporan rasuah;
  • Laporan Mazlan Harun
  • Laporan Kubang Pasu
  • Kes rasuah Perdana Menteri Israel
  • Kes rasuah RM5juta seorang Timbalan Menteri.
Oleh kerana dalam kes RM5juta, media menyebut bahawa pemberi rasuah telah menafikan pemberian itu, maka Tun memanjangkan logik itu kedalam kes Laporan Mazlan Harun. Tun bersahaja mengatakan Laporan Mazlan Harun mungkin ditolak jika PM menafikan menghulur sebarang pemberian.

Buat masa ini BPR berada dalam kerangka besar Badan Kerajaan. BPR ada ketua. Dalam kes yang besar, tentu BPR perlu merujuk kepada ketua terlebih dahulu. Kes yang melibatkan PM, dalam senario ketelusan dengan carakerja merujuk kepada ketua, ia tidak akan pergi jauh.

Ulasan Shahrir Samad (PAC) dalam siasatan terhadap ECM Libra juga dilihat oleh banyak pihak sebagai terlalu mild. Khairy hanya bertindak dengan menjual sahamnya dan sempat merungut rugi! Namun ramai memandang sinis betapa seorang anak muda ada kemudahan kredit berjuta ringgit.

Bila PM sebut ketelusan, transparency, judicial reforms terlalu kerap, makin lama orang tidak kisah lagi apatah lagi bila hal yang berkait dengan PM dan keluarganya tidak sempat pergi jauh. Tetapi itu adalah lumrah. Sesiapa yang jadi PM pun akan bertindak sedemikian. PM mungkin tidak mengarah sesiapa untuk buang kes keatasnya, tetapi pegawai faham dan sedia ambil maklum. Atau ada pegawai yang berani nak sabitkan PM?

Dalam telus dan terbuka, masih ada tabir nipis yang transparent, menutup bintik-bintik hitam.

  • beritadarigunung
Mengulas catatan Tun Dr Mahathir chedet dalam Snippets: Corruption Report September 12 2008