Saturday, March 01, 2008

ragam pilihanraya

(seperti dalam scribe - Kadir Jasin)

Dato,

Ketika UMNO ingin "merawat" Kelantan, satu kerusi DUN sudah terlepas.

Atas semangat ingin mengenengahkan muka-muka baru, UMNO berhadapan dengan sedikit pergolakan di beberapa negeri. Orang Marang dan Hulu Terengganu tentu hairan apa perlunya Rahman dan Tengku Petra direhatkan.

Orang Perlis masih terpinga kenapa ketika Shahidan mengumumkan senarai calon, Azmi dan Radzi memilih untuk berada di tempat lain. Ketika berpeluang untuk mempamirkan SOLIDARITY depan rakyat, Umno Perlis melepaskannya.

Orang Negeri Sembilan tentunya kehairanan ketika M Nor dipilih untuk gantikan Zakaria. Apa hebatnya. Gedong Lalang, Kg Ismail, Kg Jiboi, Blok A, Blok B, Blok C, hanya merupakan tempat -tempat untuk kita bertanya siapa M. Nor.

When there is multiple choices, we some how mark at the wrong answer.

Penerangan yang diketengahkan tentang usaha mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak, masih jauh dari meyakinkan. Kita masih tidak faham dengan termansuhnya yuran sekolah. Menguruskan anak ke sekolah pada awal tahun, masih memerlukan jumlah wang yang sama banyak seperti dulu-dulu.

Koridor pulak pada masa yang sama masih jauh di horizon. Entah yang kita lihat sekarang sekadar pelangi sahaja.Masih banyak ruang yang lompong. Kepimpinan wajar bertindak dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk satu UNDI yang berharga.

UMNO, Selamat Maju Jaya.