Wednesday, September 03, 2008

Harakiri: Melayu habuan perang?

Berita dari gunung said...

Jepun ada tradisi sendiri. Harakiri adalah kemuncak kepada harga diri.

Dunia Melayu ada contoh lain. Raja memerintahkan Hang Tuah dihukum bunuh. Bendahara menyedari permainan politik dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

Seorang penyelidik terkenal diUK suatu masa dahulu mengambil nyawa sendiri, bila wabak mula merebak dari makmalnya.

Bunuh diri dan harakiri bukan isunya. Kemelut perlu diberhentikan. Ada orang perlu tampil menyatakan rasa tanggungjawab. Keadaan akan kembali tenang dan selamat.

Ada yang menyangka, watak penyelamat ada pada muka sendiri, lantas terus mahu keras terpacak melakukan sesuatu. Kita tidak betul sepanjang masa.

Sejarah Melayu tidak ada harakiri. Namun kita ada watak Raja, Bendahara, Hang Tuah, Hang Jebat dan Raja Mandaliar untuk penghayatan.

Tun Teja dahulunya adalah habuan perang(?). Cinta Hang Tuah tidak menghakis taat setia pada Raja sendiri, tetapi Raja tetap gelisah dengan saingan dari hulubalang sendiri.

Bulan Puasa, Bulan Merdeka belum pasti melenyapkan gelojoh merebut habuan perang. Dalam negera ini, habuan perang ialah jasad Melayu yang perlu dikerat-kerat, juga kerak-kerak ekonomi dan tampuk pada buah berkulit hitam, bukan manggis tetapi KUASA.

Selamat Berpuasa.


Merujuk posting asal Dato Ruhanie Ahmad kudakepang, dalam : PM JEPUN LETAK JAWATAN