Dari Malaysiakini
What Pak Lah and we must do
Chandra Muzaffar
- comment Pak Lah must take responsibility and step down. Elsewhere, these reflections on five major, inter-related concerns reveal that all are part of the problem and the solution in the current political situation.MORE
Lebih senang jika Abdullah berterus terang dan beri petanda yang jelas bahawa beliau akan pikul segala tanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi BN dalam PRU12 april lalu. Umno dan BN telah membuat analisa terhadap prestasi buruk itu. Namun tidak ada tanda bahawa analisa itu diterima, dikupas, dan disediakan tindakan sewajarnya samada jangka pendek mahupun jangka panjang.
2. Abdullah masih mahu berpaut dengan hakikat bahawa BN telah berjaya membentuk kerajaan walaupun bukan dengan 2/3 majoriti. Kemenangan bagi Abdullah, tetapi kekalahan bagi akar umbi Umno. Akar umbi menerima prestasi BN sebagai kekalahan kerana Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan pembangkang. Rata-rata majoriti BN merudum. Lihat saja apa jadi dengan Rembau. Gerakan dan MIC telah kehilangan sengat. Keadaan itu amat melemaskan, akar umbi UMNO terus menjerit dengan keras.
3. Ada satu dua suara dikalangan pemimpin Umno yang mahu berterus terang. Razaleigh, Tajuddin dan Fuad antaranya, Mukhriz pula mewakili kumpulan yang lebih muda. Tun Mahathir memang dari awal lagi, tidak putus-putus mengkritik kepimpinan Abdullah.
4. Hanya selepas diasak, barulah Abdullah memaklumkan tentang pelan peralihan kuasa. Oleh kerana pertengahan tahun 2010 agak jauh kedepan dan pemilihan Umno terselit ditengah-tengah, timbul seribu macam persoalan. Apakah Abdullah jujur. Apakah Razaleigh akan melawan Abdullah. Apakah Muhyiddin merebut Timbalan. Mahukah Najib kekal bertanding Timbalan.
5. Senario ketidaktentuan begitu memaksa akar umbi membuat perkiraan. Suara makin jelas mahukan Najib dilonjak keatas dalam pemilihan akhir tahun ini, walaupun terpaksa melanggar Abdullah. Muhyiddin memecah kebuntuan dengan suara keras meminta peralihan kuasa dibuat lebih awal.
6. Mesyuarat supreme council menyaksikan 4 tokoh Umno meluahkan isi hati, sehingga Najib perlu meredakan keadaan. Difahamkan Abdullah bergenang air mata.
7. Tidak ramai pasti apa yang diputuskan dalam mesyuarat khas itu, tetapi dengan wajah ceria Muhyiddin dan Rafidah dalam temuramah TV, kita sekadar meneka bahawa Abdullah sedia berundur lebih awal dan tidak akan pertahankan jawatannya hujung tahun ini. Yang dimaklumkan dengan jelas ialah Perhimpunan Agong dilewatkan hingga Mac 2009. Itu saja.
Hingga hari ini, tiada tanda jelas dalam bentuk sidang akhbar bahawa Abdullah tidak akan pertahan jawatan Presiden. Beliau dilihat mengelak.
8. Namun Musa Hitam telah memecah tekateki. The star 3 Oktober 2008 menyiarkan secara ringkas komen Musa. Bagi Musa, melewatkan Perhimpunan Agong hingga Mac 2009, adalah petunjuk bahawa Abdullah tidak berniat untuk mempertahankan jawatan presiden. Beliau percaya itulah yang dipersetujui dalam supreme council meeting pada 26 september lalu.
9. Oleh itu ramai ternanti-nanti bilakah Abdullah akan membuat pengumuman tentang jawatan presiden Umno, sementara tarikh bermulanya mesyuarat bahagian Umno semakin dekat.
10. Barangkali itulah manifestasi kepada kebertanggungjawaban penuh keatas prestasi buruk BN dalam PRU12. Untuk sekian lama, bukan sedikit yang ragu-ragu dengan kemampuan Abdullah untuk terus memimpin. Parti komponen BN tidak dirus dengan baik. Setiap kritikan Tun Mahathir dilihat dengan jengkil. Di situ Abdullah hilang pendoman. Rakyat was-was siapa penasihat Abdullah.
11. Yang telah lalu adalah amat malang. Kepimpinan Abdullah sering bertindak secara reaktif, adakalanya dengan silap yang ketara. Hinggakan hasrat Abdullah berundur juga berada dalam kerangka "reactive" selepas diasak. Melayu tidak ada harakiri. Berundur adalah amat mulia. Kita akan terima Abdullah semula dalam masyarakat, seadanya dengan kekuatan dan kekurangan. Kita sekadar manusia biasa.
- beritadarigunung