Wednesday, November 12, 2008

Mengulas Malaysiakini: Minister, S'gor police chief under fire

Pada waktu yang selesa dan tenang, kelibat rerama kuning memukau dan menambat jiwa sebagaimana dalam suasana riuh dan bingit, dentuman lagu rock mampu melega dan merantai hati.


DARI MALAYSIAKINI
Minister, S'gor police chief under fire
Rahmah Ghazali | Nov 11, 08 2:02pm
Home Minister Syed Hamid Albar and Selangor police chief Khalid Abu Bakar are taken to task over Sunday night's candlelight vigil fiasco.


2. Sering kita lalui hidup ini tanpa berhenti dan bertanya, lalu hidup ini sekadar berjalan kaki sambil memijak detik-detik yang berlalu. Tiba waktu selepas 4 ke 5 tahun, kita pun turun semula untuk menyertai proses perhitungan. Selepas campur dan tolak muncul seorang pemimpin baru atau yang lama untuk menambah warna-warna kerencaman politik negara.

3. Siapakah mereka? Apakah yang mereka perjuangkan? Selamatkah negara dan kita ditangan mereka. Terdayakah mereka untuk melihat jauh disebalik tabir? Mampukah mereka untuk berkorban? Selepas kita melihat mereka beraksi atas lantai yang basah, dapatkah kita mengesan songsangnya tarian mereka? Kita sebagai rakyat yang cergas melaksanakan tanggungjawab dalam proses demokrasi melalui pilihanraya. Dan mereka adalah penggiat demokrasi yang menjaga tonggak kesejahteraan bangsa dan negara.

4. Kalau kita mahu terus bertanya, sucikah perjuangan mereka tidak kiralah mereka itu dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang.? Mereka sering bercakaran kita dimaklumkan, atau itu semua sekadar pertunjukan untuk mengabui mata rakyat yang tidak serik-serik memilih mereka untuk berjenaka di Dewan yang Mulia.

Salahkah kita? Salahkah mereka?



beritadarigunung