Wednesday, September 03, 2008

Malaysia dan Russia: Reforms yang substandard!!

Blogger Berita dari gunung said...

Dato,

Satu posting yang menarik. Malaysia sudah lama merdeka. BN sudah lama memerintah. Dan Umno sudah lama jadi tonggak pemerintahan.

Seolah ada usaha untuk membina semula Malaysia dengan reforms. Baik tidak baik, itu lain cerita. Tetapi situasi sedemikian sudah berlarutan agak lama, hingga ramai sempat sedar.

Saya yakin kepimpinan juga sedar bahawa reforms kalau perlu, mesti dengan pertimbangan. "Pertimbangan" adalah milik negarawan ulong, bukan barang mainan pemimpin lahir semalam.

Kita rasa terpanggil untuk mengkaji semula Gorbachev dan Russia. Atas nama reforms, negara besar Russia, dikerat-kerat, jadi kecil dan berselerak dan buat seketika hilang suara dan sengat.

Putin muncul untuk memaksa rakyat berfikir, apakah halatuju Russia. Putin tahu, Russia tidak sehandal China menangani reforms. Putin tidak menganggap Russia terlalu lewat untuk kembali gagah.

Ada kelibat Gorbachev waktu mengurus reforms dalam negara Malaysia. Sudah ada yang sedar. Kini Selangor dan Khir Toyo bukan lagi jadi maskot atas nama keterbukaan demi kemajuan dan kelangsungan.

Sebahagian dari reforms yang dicanang untuk Malaysia dilihat tidak jujur. Ada juga yang menganggap reforms dicemari dengan dendam Team B untuk menghakis legacy Tun Mahathir. Reforms sedemikian adalah substandard!

Terima kasih.

2:29 AM

merujuk posting asal A Kadir Jasin Scribe dalam : Lift The Ban And Take RPK To Court A Kadir Jasin ...