Sehari dalam kemelut. Tidak ada lagi dalam dunia ini, politik jadi kopi dan teh. Untuk dihirup dan diluah. Dalam senario itu, ingatan dari Raja Muda perlis tentang budaya mob sesuai diikuti rapi. Manakala Zaid waktu beralih ke longgok pembangkang menyentuh tentang Anwar, lebih kurang seperti ini, "Baik jika Anwar kurangkan grandstanding". Kita ketagih selalu. Yang ketagih candu dan kafein satu hal, yang ketagih dengan stail mob, hal yang lain pula.
2. Politik dimainkan oleh beberapa kerat. Selebihnya adalah pelengkap, manakala majoriti adalah pengundi, turun untuk memangkah bila waktunya tiba. Tetapi suasana politik adalah irama yang dialun oleh orang politik. Mereka ghairah dan dahagakan kemenangan dan kuasa. Sekali sekala ada juga yang suka menyebut tentang keadilan.
Keadilan.
3. Menamakan parti sebagai keadilan, tidak semestinya memperjuangkan keadilan. Tonggak keadilan adalah Mahkamah. Tetapi oleh kerana sebarang keputusan mahkamah akan mewujudkan dua rasa, yang menang tentu gembira, manakala yang kalah akan kecewa, keadilan itu juga berwajah dua, hitam dan putih. Malang jika yang kalah bukan hanya kecewa malah marah. Anwar adalah contoh manusia yang sudi jadi contoh. Dia kecewa dan marahkan mahkamah bila dipenjara. Beliau dalam sekelip mata memuji mahkamah bila dilepas dari tuduhan. Manusia dua rasa, seperti jua menu restoran ikan dua rasa.
4. Isu lingam menarik, kerana ada usaha ketara mengheret dan mencalar manusia sebelum asas-asas keadilan dilaksana. Maka terheretlah Hakim, pemimpin dan peniaga. Dalam mencari keadilan, kita lemparkan tuduhan dan hukuman sekali gus, sebelum neraca keadilan dipasang. Anwar berjaya menghakis kepercayaan terhadap kerajaan dan jenteranya, manakala Abdullah berjaya mencalar aura Mahathir. Namun Mahathir jarang tunjuk rasa kecewa, apatah lagi dengan permainan seperti itu.
5. Isu Khalid lebih menarik kerana ianya adalah terkini selepas siri-siri kejutan, bota, perak, nizar, zambry, sivakumar dan elizabeth wong. MACC mengeluarkan kenyataan bahawa ada bukti untuk dakwa Khalid berkaitan dengan lembu dan kereta. Dengan segera Anwar dan rakan-rakannya menyerang kononnya kerana MACC mendahului proses keadilan.
6. Dari satu sudut, tidak ada beza Lingam dan Khalid. Ada usaha menerangkan secara kasar dan ringkas latarbelakang kes, tanpa proses penghakiman. Tidak ada orang sudi membantu Lingam. Ramai pula menggelegak mempertahankan Khalid. Dengan laporan demi laporan yang telah dibuat dalam tempuh kemelut politik kini, adalah dipercayai ramai masih suka dengan proses keadilan yang ada. Juruvideo Lingam disanjung dan diusung ke Parlimen, manakala nasib jurugambar Elizabeth Wong belum tentu.
7. Isu Lingam dan Khalid wajar dilihat dalam perspektif yang sama. Sudahnya apalah yang dihairankan sangat. Kalau salah, salahlah, kalau betul, betullah.
8. Namun usaha membawa lembu ke perkarangan MACC adalah manifestasi kepada minda pejuang-pejuang keadilan.
9. Betul macam rakan kopitiam kata, ada bahaya bila lawyers jadi ahli politik dan ada bahaya bila tokoh agama jadi ahli politik. Erti keadilan dan agama disolek sedemikian rupa hingga ramai jadi terpesona dan terkeliru, kerana yang naive tidak sedar politics is an art of manipulative seduction. Hanya Don Juan yang tahu............
beritadarigunung