2. Bukan sedikit yang tertipu dengan cerita rakyat Baling mati kebuluran zaman Anwar mengacah-acah dengan stailnya. Waktu Nizar diminta untuk terus bertahan dirumah bagai benteng terakhir, ramai kini menilai semula politics of defiance stail Anwar. Benteng rumah tidak cukup kuat untuk bertahan, jika dirujuk kes Anwar dan kes Allahyarham Dato Harun Idris.
3. Kata-kata Perdana Menteri sangat lembut dan halus. Kita belum pasti jiwa Anwar yang resah dan bergelora mampu memahami secebis ayat-ayat pemimpin senegeri.
Anwar patut sedar kesalahan – PM
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut sedar peranannya dalam kekacauan politik yang berlaku di Perak adalah satu kesalahan di sisi Perlembagaan negara.
Justeru Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk memutuskan sama ada beliau perlu meminta maaf atau tidak kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, Anwar perlu memahami bahawa rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) marah dengan sikap lepas tangan beliau dalam insiden tersebut.
“Anwar perlu faham yang dia telah lakukan satu kesalahan. Kalau tidak... tentulah NGO tidak mengambil pendirian seperti yang kita baca di surat khabar dan ia satu perkara yang perlu kita faham,” katanya.
Abdullah bercakap kepada pemberita selepas melawat Kem Iskandar sempena majlis penganugerahan Beret Hijau Kehormat kepadanya di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas desakan pemimpin NGO yang mahukan Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak dan seluruh rakyat kerana menjadi dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, kekalutan politik di Perak berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kaedah lompat parti.
Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, terpulang kepada Anwar untuk bertindak tetapi beliau perlu memahami kesalahan tersebut adalah besar di sisi Perlembagaan negara. bernama.[Anwar patut sedar kesalahan – PM]
beritadarigunung