Saturday, February 07, 2009

NIZAR WITH MALAYSIAKINI: Derhaka dan saman raja

Terasa macam semalam, raja pertahankan Nizar. Kalau tidak kerana undang2 tubuh, Nizar tidak akan jadi MB, kerana Pas bukan majoriti. DAP kepingin jawatan itu.

Kini Nizar memilih untuk derhaka dan ingin menyaman Raja. Selebihnya adalah airmata orang melayu melihat Nizar kecundang dengan kerakusan Vultures yang sekarang berkeliaran memburu kenyalang di sarawak. Seorang yang turun, ada seorang lagi yang naik. Nizar yang turun diganti dengan Zambry, budak Pangkor.

Kecenderungan berpolitik jarang membawa kepada penderhakaan. Karpal bukan kali ini saja mengheret raja ke lembah bahaya. Kiai dulunya telah berbicara dengan Karpal cara orang melayu.

Hanya kita harap Nizar terima dengan hati lapang waktu dilantik dan hati itu biar lapang juga waktu diturunkan. Patriotisma jangan ada batas-batas dicelah kuasa dan kerakusan.

Nizar
akan saman
Sultan Perak.


utusan malaysia
6/2/2009

Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan


beritadarigunung