Monday, September 01, 2008

Adun Lenggeng, Negeri Sembilan ditahan BPR?

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, Adun berkenaan ditahan ketika menerima wang suapan itu jam 4 petang.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

rujuk:
Adun Negeri Sembilan ditahan BPR
Berita Harian



beritadarigunung:


1. Saya menambah perkataan
Lenggeng dari tajuk asal berita dari bernama/Berita Harian. Tetapi tajuk diatas adalah dalam bentuk soalan (?), bermaksud saya masih bertanya.

2. Merujuk laman web spr (sila klik
Keputusan Rasmi PILIHAN RAYA UMUM KE-12), Adun Lenggeng ialah Mustaffa bin Salim (UMNO) yang telah menewaskan Zulkefly Mohamad bin Omar PAS dengan majoriti 1285 undi dalam PRU12 pada bulan April baru-baru ini .

3. Mukim Lenggeng terletak dalam daerah Seremban, di Negeri Sembilan. Bandar ini terletak kira-kira 16 km di utara Seremban. Lenggeng merupakan bahagian Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Beranang Negeri Sembilan. Jadi sebahagian kampung di Selangor terletak juga di Negeri Sembilan. Ini berikutan sempadan negeri yang tidak begitu jelas, tidak ada sungai sempadan yang jelas untuk memisahkan Selangor dengan negeri Sembilan.

4. Diantara kampung yang terdapat dalam mukim lenggeng ialah Kampung Lenggeng, Kampung Ulu Beranang, Kampung Mendum, Kampung Daching, Kampung Rawa, Kampung Tarum, Kampung Sungai Machang, Kampung Broga dan Kampung Sungai Jai. (rujuk
Lenggeng - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

5. Secara kebetulan, Ampangan, kawasan yang ditandingi oleh Mohd Nor Awang dan Lenggeng yang diwakili oleh Mustaffa bin Salim, berada dalam bahagian UMNO Seremban. Ishak Ismail masih disitu sebagai Ketua Bahagian.

6. Dengan hal Mohd Nor Awang yang belum selesai dan ditambah pula dengan seorang lagi, diantara Mohamad Haji Hasan dan Ishak Ismail, siapakah yang berkerut dahi dan siapa pula yang tersenyum simpul?

7. Berikut adalah butiran lanjut tentang ADUN Lenggeng,

DUN LENGGENG
YB. Tuan Mustafa bin Salim
ANS., PMC., PJK.
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lenggeng,
Pekan Lenggeng,
71750 Lenggeng.
Tel.:
06 – 758 5739 (R)
H/p:012 – 607 8140


8. Apa pun wajar diingatkan, a person is innocent until proven guilty.


- beritadarigunung.