Thursday, September 11, 2008

Mengulas suara hati Ruhanie Ahmad kudakepang tentang BN

Blogger Berita dari gunung said...

Dato,

PERIKATAN (kapal layar), adalah saluran untuk 3 bangsa duduk semeja merencana bangsa dan negara. Pakatan 3 parti diuji pada tahun 1969 dan isu bangsa dan sensitivitinya tiba-tiba jadi panas.

Peristiwa 13 Mei merobah beberapa perkara. Pertama dasar ekonomi baru menekankan pentingnya affirmative action dilaksanakan untuk mengimbangi kuasa ekonomi. Kedua, Perikatan berubah menjadi Barisan Nasional (dacing) dengan membawa masuk lebih banyak parti.

Pakatan Kaum dalam Barisan Nasional diuji sekali lagi dalam PRU12 2008. Kali ini, Anwar membawa gagasan Malaysia Malaysian, dalam bahasa mudah, anak china, anak india, anak melayu, anak iban, anak kadazan dan lain-lain lagi adalah anak Anwar.

Barisan Nasional sejak mula lagi menyediakan tapak untuk ketuanan Melayu (istilah kegemaran Umno waktu menghunus keris).

Pakatan Anwar tidak menjanjikan itu. Sebaliknya Anwar sedia buang polisi pro-melayu dalam siri kempennya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, Anwar memanglah Melayu. Selepas Anwar, tidak ada siapa sanggup menjawab.

Ramai Melayu tidak sedar, kerana mereka selesa memangkah PAS. Ada orang "alim" dalam PAS. Namun PAS sekadar melukut dalam Pakatan Anwar. PAS sanggup menurunkan panji perjuangan bila duduk semeja dengan Anwar dan DAP. Apa yang boleh kita harapkan.

Walaupun begitu, kita wajar melihat dari dua sudut. Pertama, BN sebagai kenderaan. Kedua, Pemimpin sebagai pemandu kenderaan.

Rakyat tidak segan silu melahirkan rasa sangsi dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai sudah dapat meneka betapa "reforms" anjuran Abdullah hanyalah tabir untuk menutup kelemahannya.

Pakatan pelbagai kaum dalam BN adalah Barisan yang natural dan murni. Memang manusia duduk berpuak ikut bangsa dan agama. Tidak apa yang salah mengenainya.

Rupa-rupanya kewajaran Barisan Nasional dalam politik negara, menuntut pemimpin yang jujur dan kuat.

Terima sajalah bahawa kenderaan masih gagah dan relevan. Masalahnya semata-mata pemandu tidak mahir mengendali perjalanan yang berliku.

Bawa saja kenderaan ke dalam "pit", tukar pemandunya, insyaAllah Race Formula1 masih milik kita.

Terima kasih.

11:56 PM

  • beritadarigunung

mengulas posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam SUARA HATI MENGENAI BN MUTAKHIR...