Friday, September 05, 2008

Mengulas tulisan Tun Dr Mahathir "pohon maaf"

BERITADARIGUNUNG

1. Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh tentang realiti politik Malaysia baru-baru ini selepas Najib Razak memohon maaf berikutan serangan yang dianggap "racist" dari Ahmad Ismail, ketua Bahagian Umno Bukit Bendera Pulau Pinang baru-baru ini dalam tulisan beliau
Snippets 'pohon maaf'.

2. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan mengambil sikap berkecuali dengan menyifatkan kenyataan berbau perkauman oleh Ahmad Ismail sebagai pandangan peribadi. Namun Ahmad Ismail masih berdiam diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf.

3. Tun telah mengaitkan tiga (3) peristiwa sebelum ini, iaitu peristiwa seorang menteri bergegas ke China memohon maaf, Memo Hindraf yang berbau perkauman dan peristiwa Wee Meng Chee yang mempersendakan Jalur Gemilang, Melayu dan Islam.

4. Peristiwa 'pohon maaf' dikhuatiri bukan hal yang berasingan, sebaliknya berada ditengah-tengah kemelut politik kepimpinan Abdullah menjelang 16 September 2008. Semua sedia maklum dengan tarikh keramat yang dipilih Anwar Ibrahim untuk melihat tasik Putrajaya dan menjadikan bangunan besar disitu sebagai takhta untuk memerintah.

5. Ruhanie Ahmad dalam kudakepang turut melaporkan tentang mesyuarat rahsia dua (2) parti komponen Barisan Nasional, mengkaji kedudukan mereka dalam kemelut politik semasa dalam blognya
Dua parti komponen di Semenanjung mungkin tinggalkan BN.

6. Tanpa meneka mana parti komponen tersebut, diturunkan kesemua parti komponen BN kini. Sebahagian besar dari komponen parti adalah dari Sabah dan Sarawak, manakala dari Semenanjung hanya ada beberapa sahaja.


  1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  2. Persatuan Cina SeMalaysia (MCA)
  3. Kongres India Se Malaysia (MIC)
  4. Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB)
  5. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( GERAKAN)
  7. Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)
  8. Parti Liberal Demokratik (LDP)
  9. Parti Maju Sabah (SAPP)
  10. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
  11. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
  12. Parti Bersatu Sabah (PBS)
  13. Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
  14. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

7. Dalam laman Web
Official BN 2008 Campaign Site , slogan Sistem Kongsi Kuasa Terbukti, Kerajaan Yang Berkesan dan Berani, Berwawasan dipampang jelas mengapa perlu pilih Barisan Nasional.

8. Slogan tersebut mungkin jauh dari benar, atau kepimpinan Abdullah jauh dari berkesan atau tarikan kepimpinan Anwar menjanjikan keberkesanan. Komponen parti yang ingin menarik diri dalam kemelut ini tidak perlu pohon maaf dari sesiapa. Lagipun janji Abdullah untuk terus jadi Presiden Umno hingga 2010 sekaligus perdana menteri adalah semata-mata untuk melihat perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 9. Memantapkan Umno, dan Barisan Nasional bukanlah prioriti utama Abdullah.

9. Dengan latarbelakang ini, Abdullah dijangka tidak merasa apa-apa dan tidak akan menggigit jari kerana sindrom "frog in hot water" telah menerangkan dengan jelas complacency yang dipamirkan. Suatu masa dulu Arwah Tunku Abdul Rahman sering dikritik dengan sikap "tidak apa". Kini Abdullah mungkin akan menerima nasib yang sama.

10. Kalau yang buruk terjadi, rakyat dan ahli UMNO tidak bersalah kerana telah memberi peringatan sewajarnya. Tetapi siapakah yang boleh membetulkan sifat "bad loser" yang dimiliki oleh saki-baki Team B era 87. Like an old man talking softly from a rocking chair, "i can only say so much, but the choice is yours"

beritadarigunung