Friday, September 12, 2008

Mengulas Abdullah terkejut Kenyataan Muhyiddin

Berita dari gunung said...

Dato dan pembaca,

Apa yang Muhyiddin nyatakan adalah perbualan biasa rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, agama, keturunan dan peringkat umur.

Kepimpinan kini dilihat gagal mengawal keadaan dan gagal memberi perspektif besar ke atas tindak tanduknya.

Tetapi Muhyiddin juga adalah seorang ahli politik, oleh yang demikian, pemilihan barisan baru UMNO disember ini meletakkan dirinya dalam keadaan yang serba salah dan tersepit.

Terlalu ramai ingin mencuba nasib dengan Naib Presiden. Beliau tidak mampu lagi bergelumang disitu. Bergerak ke atas wajar jadi percaturan beliau.

Tetapi saya masih memilih untuk berpegang kepada asas teguran Muhyiddin, bahawa Berundurnya Abdullah memberi nafas baru kepada UMNO, BN dan Negara menjelang pilihanraya selanjutnya.

Rakyat mahukan lebih daripada seorang Perdana Menteri. Rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang kuat dan mampu memberi perspektif dalam keputusan besar yang dibuat atau dicapai.

Lebih lama Abdullah di atas, lebih malang nasib UMNO, BN dan Negara.

Terima kasih dan Selamat Berpuasa.


Merujuk posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN