Friday, September 12, 2008

Ulasan Abdullah Berundur Selamatkan BN

Berita dari gunung said...

Sindrom "Frog in hot water" bukan perkara main-main. Ramai pernah terleka dalam suasana. Tidak keterlaluan menyifatkan Abdullah sedemikian.

Ada waktunya memang sukar untuk benar-benar jujur. Orang politik yang pernah jatuh dan ditinggalkan, ada sifat "staying power". Semangat itu juga ada pada Rahim Thamby Chik. Beliau juga mahu kekal relevan dalam era yang pelbagai.

Memang semua orang berguna pada tahap, masa dan keadaan tertentu. Cuma dalam senario kini, adalah bahaya untuk Abdullah terus kekal diatas. Walaupun pahit, hasrat rakyat dan akar umbi bukanlah timbul sebab dengki.

Akar umbilah yang membenarkan pokok UMNO terus tumbuh. Usah hampakan harapan akar umbi, sebelum pokok UMNO layu dan tidak segar-segar lagi.

Kuasa memang memukau. Kuasa juga macam madu, manisnya sukar diterjemahkan. Dari sudut itu kita faham sindrom Abdullah.

Kita perlukan suara yang lebih keras dari barisan pemimpin. Giliran mereka kini. Akar umbi sudah puas bersuara. Bersikap jujur bukanlah jahat walau pahit.

Mengulas posting asal Ruhanie Ahmad kudakepang dalam ABDULLAH PERLU MENGUNDURKAN DIRI UNTUK SELAMATKAN ...