Friday, October 03, 2008

Zahid Hamidi: Timbalan Presiden UMNO dari kacamata pengguna jalan raya.

BERITADARIGUNUNG

1. Kita raikan Hari Raya Aidilfitri dengan mengunjungi kampung halaman, tempat kelahiran. Pada tahun 2008, kampung-kampung Melayu masih didiami. Pemilik rumah rata-rata sedikit berumur. Yang lebih muda sudah keluar merantau meninggalkan bumi yang menyaksikan pembesaran mereka.

2. Suatu masa dulu, KL bagai gula buat semut. Selepas Tanah Melayu merdeka, perlahan-lahan gula disepah serata tempat. Semut tidak seperti dulu lagi perlu berhijrah dan berkerumun ke KL, bersama dengan pertumbuhan bak cendawan kampung setinggan.

3. Dikampung rumah lama didiami oleh yang sedikit berumur. Yang lebih muda, dengan rumah yang sedikit moden, berdinding bata siap dengan porch di hadapan atau disisi.

4. Kami sekeluarga mengambil jalan pantai, ikut Ijok, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Teluk Intan dan menyusur pemandangan indah sepanjang Seberang Perak. Waktu orang sibuk-sibuk beraya, Zahid sibuk mencuri ruang dari rumah mertua beliau di Melaka. Katanya, "saya bersedia menawarkan diri untuk Timbalan Presiden UMNO!"

5. Waktu balik raya, kami sampai di satu simpang waktu awal-awal tinggalkan Selangor dan mula mencecah negeri Perak. Pada kedai-kedai tertentu tertera "Simpang Empat". Pada sebuah pejabat kerajaan tertera "Hutan Melintang". Kami terlajak disimpang berkenaan. Hujung sana ada bangunan besar, Bangunan Umno Bagan Dato. Bahagian bawah bangunan ada sebuah supermarket sedang beroperasi. Sebelah atas kanan, adalah pejabat Ahli Parlimen Zahid Hamidi.

6. Dua puluh tahun dahulu, simpang berkenaan sangat berbeza. Zahid masih berjinak dengan Anwar waktu itu. Lama dulu, simpang itu dinaungi dengan pohon ketapang besar dengan deretan gerai-gerai kecil menjual segala macam benda. Dulu ada juga kedai makan.

7. Sekarang jalan makin besar, simpang ada traffic light, tetapi simpang itu tidak perihatin dengan pengguna jalan raya dari dua arah. Tidak ada pendoman mana hala untuk dituju. Seperti biasa jika kita tersesat, kita akan teruskan saja sambil menoleh belakang jika ada sign board yang boleh membantu.

8. Hal itu tidak penting untuk orang-orang sana, dari kampung halaman Zahid Hamidi. Pejam mata pun mereka masih tahu mahu beluk kemana bila tiba di simpang. Bagi orang luar yang jarang lalu ikut jalan itu, mereka terpinga. Mereka kaget.

9. Sementara Zahid sudah menyatakan kesediannya untuk bertarung merebut jawatan Timbalan Presiden, suka diingatkan bahawa Zahid harus menjelajah keserata pelosok memaklumkan hasrat dan berkempen. Perwakilan juga seperti pengguna jalan raya macam kami. Kami sering terkeliru dengan simpang tanpa sign board.

10. Sambil melayan percaturan politik, pengguna jalan raya percaya Muhyiddin sudi menghunus keris seri Pagoh, ramai percaya Abdullah akan berundur dan Najib akan mengibar bendera seri Pekan untuk jawatan Presiden.

11. Akhirnya, jika Zahid masih mahu bertarung, Zahid dinasihatkan membuat sedikit political scanning. Bagi road users macam kami, simpang empat berlampu isyarat tidak jauh dari pejabat Ahli Parlimen Zahid Hamidi, simpang itu adalah celaka, simpang itu hanya untuk orang situ sahaja. Simpang itu tidak peduli dengan pengunjung casual macam kami.

12. Zahid, jika anda mahu bertarung, lebarkan diri anda. Jangan jadikan simpang empat itu hanya berguna untuk orang anda sahaja, jangan jadikan diri anda hanya berguna hanya untuk tempat anda sahaja. Bukan Local tetapi Global! Glokal pun tidak mengapa! Nationwide!!

13. Selamat bertarung dan berjaya, dan jangan lupa Muhyiddin juga anak Tok Guru dan beliau belum dijentik telinga dimana-mana lokup, balai polis atau pusat tahanan. Muhyiddin is sqeaky clean!! - beritadarigunung

boleh juga click ini
di tranungkite: Zahid Hamidi: dari kacamata pengguna jalan raya
di Malaysiakini: Malaysiakini: Zahid untuk Muhyiddin?