Sunday, February 01, 2009

AMAN DALAM MALAYSIAKINI: wajar menyokong polis.



Sekurang-kurangnya
saya dan ramai lagi masih menyanjungi peranan polis dan tentera dalam mengekal keamanan dan keselamatan negara. Ada masa kita ambil sikap mudah, lalu melulu mengecam polis bila sesuatu peristiwa berlaku. Seolah kita segak, cermat, berhati-hati dan bersih sentiasa manakala polis itu sangat teruk. Polis juga perlukan suntikan semangat untuk terus berkhidmat.

Sebagaimana penghuni flat yang menderita waktu lif rosak dan tidak dibaiki. Sebagaimana pegawai kesihatan merungut sebahagian penghuni flat C seksyen 7 Petaling Jaya tidak mahu buka pintu untuk semakan dan foging baru-baru ini. Wakil Rakyat baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang ada tanggungjawab dalam meningkat semangat dan prestasi polis dan tentera. Dan rakyat di kawasan masing-masing harus dijaga dengan penuh hemah.

Rakyat wajar berhati-hati bila ahli politik mengajak untuk satu pertembungan demi pertembungan yang lain, sedangkan mengajak penduduk untuk bergotong royong bersihkan kawasan pun mereka rasa sukar. Bukan kita hidup untuk bertembung tetapi untuk hidup dalam satu komuniti yang sihat dan cergas.

rujuk:[ Kes Kugan: 17 NGO sokong polis utusan malaysia]




beritadarigunung