Monday, February 02, 2009

WITH MALAYSIAKINI: masih tentang kemelut Perak


Osman
dengan tegas mengatakan bahawa beliau tidak mengunjuk sebarang surat perletakan jawatan ADUN kepada Tuan Spekar Dewan Undangan Negeri. Oleh yang demikian beliau masih ADUN Changkat Jering dan meneruskan aktiviti dan tanggungjawab beliau seperti biasa.

2 Sekadar menjangka kemungkinan yang akan berlaku. Dengan beberapa kemenangan p/kecil sebelum ini, Pakatan Rakyat tentu yakin dengan sebarang pilihanraya kecil, bagi mereka behrang dan changkat jering adalah kacang. Pihak BN akan menggunakan medan mahkamah bagi menentukan kesahihan surat perletakan jawatan ADUN yang dibuat dalam paksa dan akan memakan masa yang panjang. Sementara itu, tidak lama lagi kes rasuah untuk mereka akan berjalan.

3 Namun jika Nasarudin Hashim dibiarkan lepas begitu saja, ia mengundang pelbagai telahan yang tidak menguntungkan BN.

4 Cuma agak menghairankan bila ditanya tentang kemungkinan 2 ADUN PKR lari ke BN, Abdullah menjawab "insyaallah" [Abdullah refuses to confirm or deny] .... Kalau mahu main trick, jangan bagi tahu trick itu awal-awal nanti orang potong trip.

5 Namun bila Fauzi Muda melaporkan tentang tawaran 50 juta untuk menarik 2 ADUN ke BN, ia mengundangkan pelbagai kemungkinan[offered RM50 million to entice defections]. Berapa pula tawaran yang berlaku di Taiwan/Hong Kong untuk melayakkan Anwar jadi PM?[ Anwar jadi PM 16 September ? ]

6 Manakala Arumugam a/l Vengatarakoo, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau Kedah juga ingin ke depan dengan kenyataan tertentu.


Agaknya politik bukan untuk gentleman ......



beritadarigunung