Sunday, February 01, 2009

DENGUE WITH MALAYSIAKINI: Mencari wakil rakyat Flat C Seksyen 7 PJ


Apakah maksud Ismail Merican
bila beliau berkata "Dalam tempuh itu, penduduk tidak mengadakan sekali pun aktiviti gotong royong di kawasan flat itu" [Residents hamper anti-dengue efforts ]

2. Katanya lagi " Usaha mengawal wabak dengue tidak dapat berjalan baik dengan sikap masyarakat umum. Ada penghuni yang enggan membenarkan pegawai memeriksa premis dan membuat foging"

3. Mungkin Wakil Rakyat kawasan 54 hotspots dengue boleh berbuat sesuatu, sebagai ejen perubahan. Tidak mengapa jika dilupakan sebentar ketagihan berpolitik, pilihanraya pun masih jauh. Jangan ulang kata-kata Tian Chua waktu dirujuk kesulitan penghuni flat apabila lif tidak berfungsi tempuh hari. Beliau tidak dapat buat apa-apa dan akan bawa ke Parlimen.

4. Wakil Rakyat boleh buat macam-macam untuk mengajak masyarakat ke arah yang lebih baik, selain mengajak orang berarak dan menjunjung sepanduk. Ramai masih merindui sentuhan masyarakat dari Lee Lam Thye.

5. Jadi, siapakah Wakil Rakyat kawasan flat C Seksyen 7 Petaling Jaya? Kawasan itu dilaporkan terdapat 68 kes dalam tempuh 125 hari.

Adakah Seksyen 7 Petaling jaya berada dalam kawasan yang diwakili oleh mana-mana satu YB ini?
  • Hee Loy Sian P105 PJ Selatan
  • Tony Pua Kiam Wee P106 PJ Utara


Rujuk:

  1. Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia portal kementerian kesihatan
  2. Ministry must be firm in dengue fight Malaysia Star




beritadarigunung