Perkongsian malaysiakini:
Beberapa bulan lalu, perjalanan kapal dagang di kawasan teluk diganggu oleh lanun, memaksa kebanyakan negara menghantar kapal perang bagi mengawal kepentingan kapal dagang masing-masing.
Somalia kini melantik Sheik Sharif Sheik Ahmed, bekas pengerusi Islamic Courts Union sebagai presiden baru. Beliau dijangka mampu menyatukan pelbagai puak yang terdapat di Somalia. Sheikh, bekas guru, dipilih selepas satu perhimpunan khas parlimen baru yang diadakan dinegara jiran Djibouti kerana Somalia masih dilanda keganasan.
Selepas tiga pusingan undian, Sheikh Sharif Sheik Ahmed menewaskan 14 calon lain termasuk perdana Menteri Nur Hassan dan anak bekas pemimpin Somalia Mohamad Siad Barre yang ditumbangkan pada tahun 1991. Sheik menggantikan presiden Abdulahi Yusuf yang meletak jawatan pada december lalu.
"Ini adalah kemenangan untuk diri saya dan seluruh rakyat Somalia" beliau berucap.
beritadarigunung
rujuk:
- Somalia's new Islamist president
AFP New Somali president to attend African Union summit African Press Agency, Senegal Lawmakers elect former head of Islamic court as new Somali President Sudan Tribune, Sudan - Somaliland Opposition leader Congratulates President of Somalia SomalilandPress, Somalia
- Somalia: New President Sheikh Sharif sworn-in Garowe Online, Somalia